Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Kereta Api India...

NEW DELHI : Perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo di India kembali beroperasi...

Najib Rasmi Pusat Sains...

LONDON - Datuk Seri Najib Razak bakal mengimbau kembali kenangan masa lalu apabila...

Zalim, Tiga Kucing Mati...

MELIHAT kekejaman kepada haiwan kesayangan ramai iaitu kucing, seperti kejadian yang menimpa ke...

Jerebu Di Sri Aman...

KUCHING - Keadaan jerebu di Sri Aman makin buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran...

Rita Kesal Peminat Terlalu Taksub, ‘Lagakan’ Artis

PELAKON popular, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah kelab peminat yang terlalu taksub dengan selebriti pujaan sehingga sanggup memecah belahkan hubungan sesama artis.

Pelakon yang popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata obsesi segelintir peminat pada masa kini dilihat agak keterlaluan sehingga ada organisasi yang tersasar daripada matlamat awal penubuhan.

“Penubuhan kelab peminat adalah untuk menyokong aktiviti dan kerjaya artis. Namun, saya lihat sikap segelintir mereka bercanggah.

Ini kerana ada kelab yang akhirnya memecah belahkan hubungan sesama artis akibat sikap obsesi penyokong. Malah, ada kelab yang lebih beremosi mengalahkan artis sendiri.

Kadang-kala, sesetengah kelab peminat terlalu taksub hingga artis bermasam muka sesama sendiri,” katanya dipetik BH Online, hari ini.


Sehubungan itu, Rita menasihatkan orang ramai supaya bijak membezakan antara perkara baik dan buruk sebelum membuat sebarang tanggapan dalam berdepan isu melibatkan artis pujaan masing-masing.

“Saya lihat isu ini semakin meruncing dengan wujudnya media sosial. Ini kerana peminat bebas bersuara tanpa sekatan.

“Artis pula harus bijak memainkan peranan bagi memastikan perkara begini tidak bertambah buruk,” ujar Rita. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori