• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Ziarah Kasih & Bantu UMNO Maran Capai Kejayaan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Program Ziarah Kasih dan Bantu UMNO Bahagian Maran berjaya membantu sebahagian besar masalah berkaitan kemiskinan dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan pada tahun lepas.

Ketuanya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata 86 peratus daripada 1,800 kes yang memerlukan perhatian berjaya diselesaikan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata antara golongan menerima manfaat menerusi program itu ialah pesakit kronik, ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin, warga emas dan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat kemalangan.

“Program ini dilaksanakan tanda keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ia juga bukan kerja bermusim kerana dilaksanakan sepanjang masa sejak dimulakan 15 tahun lalu.

“Kita bekerja sebaik sahaja menerima maklumat ada orang yang perlu dibantu. Ini cara kita…bukan seperti pembangkang yang muncul secara bermusim, menjelang pilihan raya,” katanya.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah 10 rumah penerima bantuan Program Ziarah Kasih dan Bantuan UMNO Maran di Kampung Lubuk Paku di sini, hari ini.

Beliau juga menasihatkan mereka yang memerlukan bantuan untuk memaklumkan kepada pihak berwajib termasuk UMNO bahagian berkenaan supaya tindakan sewajarnya boleh dilakukan, memandangkan kerajaan mempunyai pelbagai agenda membantu rakyat.

“Kita ada pelbagai agensi dan sumber yang boleh memberi bantuan tapi agak sukar untuk kita menyalurkan bantuan jika tiada maklumat diterima. Pemimpin setempat juga boleh memainkan peranan memaklumkan jika ada orang yang layak dibantu di tempat mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ketuanya Datuk Seri Ismail Abd MuttalibUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd