• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Syukur Dapat Tunai Hasrat Bapa Makan Bersama

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak ketiga bekas Menteri Pertanian Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid tidak menyangka niat bapanya yang mahu makan tengah hari bersama keluarga minggu lepas menjadi permintaan terakhir sebelum bapanya itu meninggal dunia pagi tadi.

Amanda Ruhul Hamidah, 40, berkata keadaan kesihatan bapanya itu baik sepanjang masa walaupun sudah lama mempunyai pelbagai penyakit termasuk sakit jantung.

“Minggu lepas bapa ada mengajak makan tengah hari dan kami sekeluarga sempat makan bersama.

“Pemergian arwah tidak dijangka kerana beliau juga baru melakukan pemeriksaan kesihatan dan kesihatannya baik,” katanya ketika ditemui di Masjid Umar al-Khattab, Bukit Damansara hari ini.

Beliau juga menyifatkan bapanya seorang yang penyayang selain mengutamakan anak-anak.

Allahyarham Sanusi meninggal dunia sebelum sempat menunaikan solat subuh di kediamannya di Pantai Dalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala dan tujuh anak.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau mengenali Allahyarham sejak 1979 ketika menjadi anggota Pemuda UMNO Kubang Pasu.

“Antara sumbangan Allahyarham yang diingati ialah mewujudkan Taman Pertanian di Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cerakah) ketika beliau menjadi Menteri Pertanian.

“Atas idea itu, ia menjadi ‘universiti terbuka’ pertama dalam negara kepada golongan penternak, peladang dan juga orang ramai mengenai ilmu bidang pertanian dan penternakan,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Sanusi merupakan seorang tokoh besar negara yang telah menyumbangkan khidmat dan baktinya dalam pembangunan negara terutamanya dalam bidang pertanian.

“Ini merupakan satu kehilangan besar, Allahyarham banyak menyumbangkan idea-idea bernas terutama ketika menjadi menteri pertanian,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Allahyarham merupakan seorang sahabat yang setia, tetap pendirian dan komited dengan tugas yang diberikan.

“Ciri-ciri itu semua jelas ditonjolkan semasa Allahyarham memegang pelbagai jawatan termasuk Menteri Pertanian, Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Besar Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sanusi Junid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Sanusi Junid Selamat Dikebumikan

11/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di...

PM Ucap Takziah Pemergian Tan Sri Sanusi

09/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd