• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Sanusi Junid Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, pada kira-kira 3 petang.

Terdahulu, jenazah Sanusi dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Damansara sebelum disolatkan selepas solat Jumaat.

Sanusi, 74, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Pantai Dalam di sini kira-kira 6 pagi tadi dengan meninggalkan seorang isteri Puan Seri Nila Inangda Manyam Keumala dan tujuh anak, empat perempuan dan tiga lelaki.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat berada di tanah perkuburan bagi pengebumian jenazah Allahyarham Sanusi.

Turut kelihatan di tanah perkuburan ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim. – BERNAMA

Tags: Sanusi Junid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Syukur Dapat Tunai Hasrat Bapa Makan Bersama

09/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Anak ketiga bekas Menteri Pertanian Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid tidak menyangka niat bapanya yang mahu makan...

PM Ucap Takziah Pemergian Tan Sri Sanusi

09/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd