• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Elfira Minta Sufian Henti Bercerita….

oleh
09/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAPA kepada aktress, Elfira Loy iaitu Ahmad Sabri Ariffin menggesa agar penyanyi, Sufian Suhaimi berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

Menurut Ahmad Sabri, sejak kebelakangan ini, beliau sering kali mendapati Sufian kerap mengulas berhubung isu itu sedangkan keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi hal itu.

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu? “ katanya dipetik BH Online, hari ini.

penyanyi, sufian suhaimi

Tambah Ahmad Sabri lagi, Elfira juga enggan memanjangkan berita putus tunang tersebut sebaliknya lebih selesa berdiam diri.

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu. Benda ini sudah tamat,” tambahnya.

Ahmad Sabri berkata, beliau akui memahami tugas wartawan untuk mendapatkan bahan berita tetapi baginya Sufian boleh sahaja mengambil pendekatan untuk tidak memberi komen berhubung hal tersebut.

“Sufian boleh cakap ‘tidak’ dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

“Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” katanya.

Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu, ikatan pasangan ini mula goyah apabila mereka dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial

Sebaik Sufian mengakui berita ikatan pertunangan dengan pelakon itu putus, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati.

Bagaimanapun, pelantun lagu Terasa Ada itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira pula dilihat lebih banyak ‘mengunci mulut’. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ElfiraElfira LoySufian Suhaimi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd