• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjagaan Kanak-Kanak Mungkin Jadi Manifesto BN

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mungkin menjadikan penjagaan kanak-kanak sejagat sebagai antara kandungan manifestonya bagi pilihan raya umum akan datang untuk menambah baik kehidupan mereka yang tercicir, seperti yang dilaporkan dalam kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef).

Pengerusi Majlis Anggota Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun penemuan itu agak mengganggu, rakyat Malaysia perlu menerimanya dan membuat perancangan untuk membaiki situasi tersebut.

“Kita bukan bersifat mempertahankan diri dan saya rasa ia satu kajian yang bagus kerana ia menunjukkan golongan yang tercicir dan kita perlu menambah baik sistem penyampaian kita, itu penting,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Dalam laporan setebal 76 muka surat yang diterbitkan pada 26 Feb lalu, Unicef antara lain mendakwa kanak-kanak yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat di negara ini dikenal pasti paling banyak mengalami malnutrisi dan kerencatan mental.

Shahrir yang juga Anggota Parlimen Johor Bahru, berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN, semasa mereka bertemu pagi tadi.

“Saya jumpa PM (perdana menteri) hari ini dan cadangkan agar kita masukkan isu penjagaan kanak-kanak sejagat dalam manifesto,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan telahpun melaksanakan pendekatan yang baik dalam menangani isu rakyat terutama dari segi pendapatan dengan mengklasifikasikan mereka dalam kumpulan dan mengadakan program-program khusus mengikut kumpulan masing-masing.

“Saya fikir memang sudah ada program yang sangat bagus, tidak ada negara yang mempunyai pendekatan seumpama dan sudah tentu kita akan memperhalusnya,” katanya.

Shahrir berkata BN juga akan mengambil peluang membangkitkan isu itu semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: BNPRU14Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd