• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Industri Tersusun, Johor Raih Pelaburan Tinggi

oleh AK-47
08/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kedudukan kawasan perindustrian di Johor yang tersusun merupakan satu daripada tarikan negeri ini menerima kemasukan pelabur yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, ia turut disokong dengan kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi kerajaan,serta pelabur.

“Kelebihan Johor ialah kita ada hab minyak dan gas, hab perabot, hab halal selain kawasan perindustrian yang tersusun,” katanya yang ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau mengulas prestasi pelaburan Johor tahun lepas yang menerima pelaburan tertinggi sebanyak RM21.9 bilion diikuti Pulau Pinang (RM10.8 bilion), Sarawak (RM10.5 bilion), Selangor (RM5.6 bilion) dan Melaka (RM4.7 bilion).

Tee berkata, prestasi kemasukan tertinggi pelaburan dalam sektor pembuatan itu merupakan kali kelima berturut-turut sejak 2013 hingga tahun lepas, iaitu keseluruhannya berjumlah RM115 bilion.

“Pada 2013, kita berjaya menarik pelabur sektor pembuatan sama ada domestik dan luar bernilai RM14.4 bilion, RM21.1 bilion (2014), RM31.1 bilion (2015) dan RM26.4 bilion (2016).

“Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan kita mencapai RM21.9 bilion tahun lepas dan ini merupakan pencapaian baik kepada Johor,” katanya.

Menurut Tee, daripada RM21.9 bilion tersebut, sebanyak RM16.8 bilion merupakan pelaburan domestik manakala RM5.1 bilion dari luar termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat. – BERNAMA

Tags: Datuk Tee Siew Kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Anjur Kursus Bangun Modal Insan Pelancongan

01/03/2018
0

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan modal insan bidang pelancongan berdasarkan senario perkembangan...

Syarikat China Hasrat Mohon Sijil Halal Malaysia

06/10/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Beberapa syarikat berpangkalan di China berhasrat mendapatkan khidmat Johor untuk membantu mereka dalam permohonan pensijilan halal Malaysia....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd