• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Anjur Kursus Bangun Modal Insan Pelancongan

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan modal insan bidang pelancongan berdasarkan senario perkembangan bidang itu yang dilihat terus rancak dan pesat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata kursus berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini bakal melibatkan 500 peserta tempatan.

“Lima kursus berkenaan adalah Kursus Asas Pemandu Pelancong, Kursus Pembangunan Produk Pelancongan, Kursus Keusahawanan dan Pemasaran, Kursus Kesedaran Keselamatan Pekerja dan Pelancong Dalam Sektor Pelancongan dan Kursus Hospitaliti Bersama Barisan Hadapan Industri Pelancongan Negeri Johor.

“Ini adalah kesinambungan program-program pembangunan modal insan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun lalu yang telah berjaya melatih 2,224 penggiat industri melebihi sasaran awal kita iaitu 1,200 orang,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) di Pasir Gudang, hari ini.

Daripada 2,224 penggiat industri berkenaan, seramai 100 orang telah menyertai kursus Pemandu Pelancong anjuran Perbadanan Usahawan Johor (EDC) dan Tourism Johor, 200 orang menyertai kursus bahasa Korea dan Jepun anjuran Tourism Johor dan 1,924 orang menyertai kursus ‘We Are The Host’ anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Johor dan Tourism Johor.

“Kita berpendapat kursus sektor hospitaliti semakin penting dan kita boleh lihat semakin banyak institusi pendidikan swasta dan kolej kemahiran termasuk Hab Kemahiran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Skill Johor turut menawarkan kursus ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Tee berkata FLLSPG merupakan satu platform penting yang telah menjadi jenama negeri Johor dan ruang untuk mempromosikan produk-produk pelancongan Johor kepada peserta antarabangsa yang terlibat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Hasrin Kamal Hashim berkata pentas pertandingan kali ini juga lebih luas daripada tahun-tahun sebelumnya yang bertujuan memberi keselesaan kepada peserta.

“Kita ada penambahan 15 ekar (enam hektar) kawasan pertandingan yang telah kita naik taraf menjadikan luas keseluruhan kawasan pertandingan adalah 35 ekar (14 hektar).

“Sebelum ini kita terpaksa asingkan peserta kebangsaan dan antarabangsa tetapi tahun ini mereka boleh bermain layang-layang bersebelahan dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan antara mereka,” katanya.

Festival selama lima hari bermula semalam bertemakan Memperkasa Komuniti Dunia melibatkan kira-kira 1,000 pelayang termasuk 200 penyertaan dari luar negara antaranya China, Indonesia, Australia, Jepun, Singapura, Jerman, Perancis, England, Belanda, Turki, Poland, Rusia, Ukraine, Amerika Syarikat dan Brazil. — BERNAMA

Tags: Datuk Tee Siew Kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawasan Industri Tersusun, Johor Raih Pelaburan Tinggi

08/03/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Kedudukan kawasan perindustrian di Johor yang tersusun merupakan satu daripada tarikan negeri ini menerima kemasukan pelabur yang...

Syarikat China Hasrat Mohon Sijil Halal Malaysia

06/10/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Beberapa syarikat berpangkalan di China berhasrat mendapatkan khidmat Johor untuk membantu mereka dalam permohonan pensijilan halal Malaysia....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd