• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidik Gigih Sebelah Tangan Aktif Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di sini, yang kudung kedua-dua kaki dan tangan kiri sejak lahir, pernah dikeji dan diejek layak menjadi pengemis jalanan saja.

Namun, ejekan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar cita-cita dan berjaya seperti insan normal lain.

Mungkin sukar untuk membayangkan kehidupan Hashim Mohamad, 29, yang hanya menggunakan tangan kanan untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian.

Pemuda orang kurang upaya (OKU) itu membuktikan dirinya tidak cepat mengalah.

Rutin harian Hisham seperti lelaki berkerjaya normal yang lain, malah tidak pernah sekali pun dia merasa kecacatannya satu kekurangan atau beban.

Lebih membanggakan, Hashim berasal dari Kampung Gertak Kangkung, Mengkebang di sini, pernah menerima Anugerah Guru Muda Aktif Daerah Kuala Krai tahun lalu atas pembabitan aktifnya dalam bidang sukan di sekolah.

“Saya tidak pernah menjadikan kecacatan sebagai penghalang melakukan aktiviti atau mengejar impian sebagai pendidik berjaya, sebaliknya saya sentiasa tonjolkan dalam rutin seharian supaya ia boleh menjadi pedoman kepada golongan senasib.

“Tidak dinafikan, sehingga sekarang saya masih teringat kata-kata cacian segelintir masyarakat yang beranggapan saya hanya layak menjadi pengemis.

“Mulanya agak sedih, namun saya anggap itu sebagai cabaran untuk membuktikan mereka salah menilai saya, bermula apabila saya dinobatkan pelajar cemerlang peringkat kebangsaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 2008,” katanya.

Bermula dengan kejayaan itu, Hashim melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan mengambil jurusan Pengajian Malaysia selama empat tahun pada 2009 dan ditauliah menjadi Guru Bahasa Malaysia di SMK Mengkebang pada 2014.

Setiap hari dia ke sekolah dengan memandu Proton Preve yang diubah suai adiknya, Azmi, 26, supaya lebih mesra OKU.

Katanya, di sekolah dia menggunakan teknologi sepenuhnya seperti komputer riba dan projektor sebagai kaedah mengajar di kelas.

Pihak sekolah menyediakan kelas khas untuk Hashim mengajar dengan menempatkan meja kaki pendek memudahkannya berkomunikasi dengan pelajar.

Katanya, dari kecil dia sudah diajar berdikari dengan bergerak menggunakan tangan walaupun menerima kerusi roda elektrik sumbangan kerajaan negeri. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: GuruOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd