• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Tegar Marah Neelofa Sampai Bakar Tudung!

oleh
06/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN isu panas yang berlaku keatas Noor Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran koleksi hijabnya di sebuah kelab malam pada minggu lalu, seorang peminat tegarnya telah melakukan satu perbuatan yang sia-sia.

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Juga: “Tak Ada Arak Pun, Orang Luar Je Kecoh” – Neelofa

Lagi: Naelofar Hijab Mohon Maaf Atas Kekhilafan

Akibat patah hati atas tindakan usahawan muda itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Anne Zuraini dekat laman Facebooknya telah membuat siaran live menunjukkan dia sedang membakar koleksi tudungnya keluaran Naelofar Hijab.

“Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa… Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada.

“Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni,” katanya di dalam video berkenaan.

Disebabkan tindakan kurang bijak itu, dia telah dikritik oleh ramai netizen yang menganggap ianya merupakan satu pembaziran semata-mata.

Dalam masa yang sama, beberapa netizen turut beranggapan bahawa pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu pasti tidak kisah dengan perbuatan wanita tersebut yang membakar tudungnya sendiri.

Malah, usahawan itu langsung tidak akan mengalami apa-apa kerugian dengan perbuatan wanita itu kerana sebaliknya dia sendiri yang telah mengalami kerugian dengan membakar tudung itu.

Benar, sebelum ini ada beberapa dakwaan yang menggesa supaya rakyat Malaysia memboikot produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan sebagai tanda tidak bersetuju atas tindakan tidak masuk akalnya itu.

Namun tidak bermaksud kita perlu melakukan perkara yang sia-sia ssrta membazir seperti itu.

Bagaimanapun, Anne turut membalas semula persoalan yang diajukan kepadanya tentang tujuan utama dia membakar kesemua tudung itu.

“Disoal lagi ape sebab saya bakar? Jawapannya saya taknak bawa nama yang ada pada tudung tu merata-rata. Disoal lagi kenapa tak sedekah sahaja.

“Saya takkan sedekah tudung yang ada nama dia sebab saya taknak pemakai tudung tu bawa nama yang ada kat tudung tu merata-rata,” tulisnya di posting seterusnya.

Apa pun, jika tak suka dengan caranya itu, lebih baik sedekahkan saja tudung tu pada orang lain daripada dibakar sehingga menjadi abu… – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: bakar tudung neelofanaelofar hijabNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd