• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dipenjara Setahun Curi Motosikal

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sebuah motosikal milik sebuah syarikat, bulan lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Nagendran, 35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik Syarikat C.N.T. Auto Parts Sdn Bhd bernilai RM2,000.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 24 Feb lepas.

Dia melakukan kesalahan itu di tempat letak motosikal, bawah Blok B, PPR Taman Wahyu, Sentul di sini antara 20 Feb hingga 21 Feb lepas, pada 7 malam dan 9 pagi mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya dia insaf memandangkan kes curi semakin meningkat.

Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung seorang isteri kelainan upaya serta seorang anak yang masih bersekolah. – BERNAMA

Tags: Curi MotosikalPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd