• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Uganda Miliki Dadah Dijel 8 Tahun, 10 Sebatan

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA — Seorang lelaki warganegara Uganda dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis heroin dan morfin, dua tahun lepas.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhi hukuman itu terhadap Ibrahim Wamala, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Sept 2016.

Lelaki itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelajar namun tidak mendaftar sebagai pelajar di mana-mana institut pengajian tinggi.

Dalam penghakimannya, Hakim Azwarnida berkata mahkamah mendapati keterangan tertuduh mengenai pemilikan dadah adalah bersifat penafian semata-mata.

“Tertuduh dengan ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan,” katanya yang telah mendengar keterangan empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh pada perbicaraan kes itu.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa memiliki dalam kawalannya dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 6.85 gram di tempat letak kereta Kondo Ridzuan, Sungai Way di sini pada 10 malam, 2 Sept 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota polis yang telah membuat risikan telah membuat serbuan dan menemui tertuduh bersama dadah di parkir kondominium itu.

Tertuduh, yang ketika itu memegang dua beg plastik berisi dadah, menyedari kehadiran polis dan mencampakkan beg plastik tersebut namun, siasatan lanjut mendapati dadah tersebut adalah milik tertuduh.

Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam Richard Ho, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan jumlah dadah yang dimilikinya tidak terlalu tinggi selain dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mahu pulang ke negara asalnya secepat mungkin selepas selesai menjalani hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang mencerminkan keseriusan mahkamah menangani kes dadah yang kerap berlaku dan banyak dilaporkan di media masa. — BERNAMA

Tags: dadahdipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd