• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Transformasi 15 Ke 5: TLDM Guna 36 Kapal Baharu

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebanyak 36 kapal ronda generasi baharu dan kapal tugas khas pesisir pantai (LMS) akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi meningkatkan keupayaan mengawal perairan negara ini menerusi Program Transformasi 15 ke 5.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pelan jangka masa panjang itu itu sejajar dengan pelan jangka panjang TLDM untuk mengurangkan kelas-kelas kapal armada TLDM dari 15 kelas kapal kepada lima jenis sahaja.

Katanya penambahan aset TLDM berkenaan akan dibuat secara berperingkat dan setakat ini memiliki enam kapal ronda generasi baharu itu iaitu Kapal Diraja (KD) Pahang, KD Kedah, KD Selangor, KD Perak, KD Terengganu dan KD Kelantan.

“Dengan kekuatan jangka panjang ini akan menyumbang kepada kawalan keselamatan di perairan negara ini secara menyeluruh dan secara tidak langsung dapat mengurangkan dari segi ancaman luar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-50 Skuadron Kapal Ronda Pasukan Simpanan ke-13 di Pangkalan TLDM Sandakan di sini, hari ini.

Lima kelas kapal itu meliputi kapal tempur pesisir pantai (LCS), kapal ronda generasi baharu, kapal tugas khas pesisir pantai , kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) dan kapal selam.

Ahmad Kamarulzaman berkata menerusi program transformasi TLDM itu, daripada 36 kapal itu, 18 adalah membabitkan kapal ronda generasi baharu dan 18 lagi LMS.

Menurutnya penambahan 12 lagi kapal ronda generasi baharu dan 18 LMS akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata perolehan kapal ini merupakan pelaburan di peringkat nasional dalam memastikan kawalan perairan negara pada tahap terbaik.

Mengenai kawalan keselamatan di perairan negeri ini, Ahmad Kamarulzaman berkata secara berperingkat, kapal ronda generasi baharu seperti KD Kedah telah dipindahkan dari Armada Barat berpangkalan di Lumut Perak ke Armada Timur berpangkalan di Kota Kinabalu.

Katanya ia bagi menguatkan keupayaan kawalan keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak yang dilakukan secara berperingkat. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Panglima TLDM Dirai Penuh Istiadat Sempena Persaraan

23/11/2018
0

LUMUT – Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin diraikan dalam penuh istiadat ketenteraan sempena persaraannya...

K3M Mampu Tingkat Kawalan Perairan Rantau ASEAN

19/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Aplikasi K3M 2.0 (kesedaran, keselamatan, komuniti maritim) yang dibangunkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mampu meningkatkan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd