• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K3M Mampu Tingkat Kawalan Perairan Rantau ASEAN

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aplikasi K3M 2.0 (kesedaran, keselamatan, komuniti maritim) yang dibangunkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mampu meningkatkan keselamatan perairan di rantau ASEAN.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata aplikasi pertama di dunia itu berjaya meningkatkan keselamatan di laut dengan memendekkan waktu tindak balas pihak berkuasa seperti TLDM dan agensi berkaitan apabila berlaku kecemasan.

“Banyak negara luar telah menunjukkan minat terhadap penggunaan aplikasi berkenaan antaranya Thailand, Filipina dan beberapa negara Timur Tengah.

“Malah Brunei telah mengesahkan untuk menggunakan aplikasi sama di negara mereka semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Kuala Lumpur 2018,” katanya kepada pemberita pada Program Derma Darah sempena Hari TLDM ke-84 di sini hari ini.

Beliau berkata K3M 2.0 yang dilancarkan pada DSA Kuala Lumpur 2018 memperkenalkan ciri-ciri baharu Sea Alert yang berasaskan web dan kemudahan satelit untuk membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat.

K3M 2.0 merupakan aplikasi telefon bimbit yang dinaik taraf daripada aplikasi K3M yang dilancarkan pada Mac tahun lepas dalam usaha untuk bekerjasama rapat dengan komuniti maritim iaitu golongan nelayan dan pelaut di negara ini.

Katanya TLDM akan mencalonkan aplikasi K3M 2.0 untuk Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali gus menunjukkan pengiktirafan dunia kepada Malaysia dalam usaha membangunkan teknologi berkaitan keselamatan dan pertahanan.

Dalam pada itu, Ahmad Kamarulzaman berkata TLDM akan mengadakan sambutan Hari TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 27 April ini.

“Kami juga akan menganjurkan Hari Terbuka Armada di semua pangkalan TLDM di seluruh negara pada 28 dan 29 April,” katanya. – BERNAMA

​​​​​​​

Tags: Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Panglima TLDM Dirai Penuh Istiadat Sempena Persaraan

23/11/2018
0

LUMUT – Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin diraikan dalam penuh istiadat ketenteraan sempena persaraannya...

Transformasi 15 Ke 5: TLDM Guna 36 Kapal Baharu

06/03/2018
0

SANDAKAN - Sebanyak 36 kapal ronda generasi baharu dan kapal tugas khas pesisir pantai (LMS) akan digunakan oleh Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd