• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong: ‘Datuk’ Bebas Tahanan Reman

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang direman berhubung kes menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaruhi penutupan siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang, dibebaskan hari ini.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan lelaki berusia 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM370,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu sebelum ini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bermula 3 Mac bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut laporan media, suspek ditahan di sekitar ibu negara pada 3.30 petang 2 Mac lepas dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup siasatan kes projek mega itu.

Suspek dipercayai menerima RM3 juta daripada sebuah syarikat selepas dia dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

Media turut melaporkan suspek telah meminta RM4 juta sebagai habuan namun jumlah berkenaan telah dikurangkan kepada RM3 juta selepas rundingan dengan pihak syarikat terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Pada 27 Feb lepas, SPRM menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ disyaki menerima rasuah RM19 juta bagi mempengaruhi penutupan siasatan kes projek berkenaan.

SPRM juga membekukan empat akaun bank syarikat milik suspek berkenaan yang bernilai RM3.6 juta dan menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

‘Datuk Seri’ berusia 37 tahun itu masih lagi dalam tahanan reman SPRM sehingga 10 Mac ini. – BERNAMA

Tags: Projek TerowongSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd