• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bincang Dengan Peguam Negara Tindakan Ke Atas Sirul

oleh AK-47
21/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa tindakan untuk tertuduh kes bunuh, wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Sirul kini ditahan di Australia di Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane.

Menurut beliau, daripada maklumat yang diperolehi Sirul ditahan atas kesalahan imigresen negara itu.

BACA JUGA – Sirul Azhar Ditahan Imigresen Australia Di Queensland

Sirul ketika ini difahamkan akan diekstradisi balik ke Malaysia untuk menghadapi hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan minggu lepas.

Dia yang juga bekas Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM didapati bersalah membunuh Altantuya bersama seroang lagi tertuduh yang juga bekas anggota unit sama, Azilah Hadri.

Gambar dua tertuduh kes pembunuh Altantuya Azilah Hadri, 38, (kiri) dan Sirul Azhar Umar, 43, (kanan) yang mula tersebar.
Gambar dua tertuduh kes pembunuh Altantuya Azilah Hadri, 38, (kiri) dan Sirul Azhar Umar, 43, (kanan) yang mula tersebar.

“Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara dahulu,” katanya.

Sirul dan Azilah didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia.

Oleh itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Semalam, laman web Polis Antarabangsa INTERPOL mengeluarkan notis merah untk memburu Sirul.

Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

– MYNEWSHUB.CC

Malaysia Mungkin Bawa Kes Sirul Azhar Umar Ke Australia

Tags: Altantuyakes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd