• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Usaha BN Berkesan Ubah Persepsi Belia

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelbagai inisiatif oleh Barisan Nasional (BN) dalam mendekati golongan belia di kawasan Parlimen Setiawangsa dilihat berkesan dalam mengubah persepsi mereka terhadap kerajaan semasa.

Demikian pandangan Anggota Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang yakin anak muda di kawasan Parlimen itu akan memberi sokongan padu terhadap BN.

“Anak muda sekarang dahagakan maklumat dan aktiviti yang dekat dengan mereka jadi selagi mana kita penuhi kedua-dua aspek ini, saya yakin belia di Setiawangsa sudah letakkan perspektif terhadap kerajaan yang dahulunya mereka fikir (negatif) dan sekarangnya berbeza (positif).

“Buat masa ini, apa yang saya lihat belia di sini (Setiawangsa) ada kecenderungan untuk mendekati dan jadi lebih mesra dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Kefahaman Remaja Islam, di sini hari ini.

Ditanya adakah beliau telah berpuas hati dengan segala pencapaian sepanjang berkhidmat di kawasan berkenaan, Ahmad Fauzi berkata: “Kita tak pernah puas hati kerana walaupun banyak perkara yang kita dah lakukan sehabis baik, selagi ada perkara yang boleh dilakukan, kita akan terus lakukan demi rakyat,”.

Tambah beliau, cabaran paling sukar sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan adalah menangani maklumat palsu terutamanya di media sosial.

“Sejak pilihan raya umum ke-13, sudah terlalu banyak cerita palsu yang kita dengar antaranya dakwat habis lah, berpuluh-puluh warga asing masuk lah dan macam-macam lagi.

“Saya hanya boleh mohon orang awam agar sentiasa periksa setiap maklumat yang diterima dan kerajaan pun ada sediakan portal, Sebenarnya.my, untuk tahu berita palsu atau tidak,” tegasnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa.

Mengenai program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan hari ini, seramai 500 wakil pelajar dari 100 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur diberi penerangan serta kefahaman mengenai isu berkaitan keganasan. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Fauzi Zahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Turut Bantah Cadangan Ambil Alih PLUS

02/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari turut sama menyertai pelbagai pertubuhan dan individu dalam menyuarakan bantahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd