• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Turut Bantah Cadangan Ambil Alih PLUS

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari turut sama menyertai pelbagai pertubuhan dan individu dalam menyuarakan bantahan terhadap cadangan pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd, pemegang konsesi lebuh raya terbesar negara, oleh Maju Holdings Bhd.

Ahmad Fauzi memberikan hujah-hujah kukuhnya mengapa PLUS perlu kekal dalam kawalan kerajaan menerusi pemilikan 51 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd dan baki 49 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau mengingatkan tentang situasi yang sama dan pengajaran pahit yang dipelajari daripada kes Malaysia Airlines (MAS) di mana kerajaan terpaksa menanggung kos berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat itu selepas ia dijadikan syarikat persendirian.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada minggu lepas melahirkan kebimbangan kerajaan dengan cadangan pengambilalihan tersebut kerana bimbang aset strategik negara itu akan jatuh ke tangan pihak asing memandangkan sumber pembiayaannya tidak diketahui.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa mahu kerajaan menolak tawaran pengambilalihan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara.

Maju Holdings, yang dikuasai ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed, membuat tawaran sebanyak RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS.

Dalam bidaannya, Maju Holdings bercadang membekukan kenaikan kadar tol bagi tempoh 20 tahun sehingga akhir tempoh konsesi, serta, penghapusan hutang kerajaan berjumlah RM900 juta kepada PLUS dalam bentuk pampasan terdahulu kerana tidak menaikkan kadar tol lebuh raya berkenaan.

Ahmad Fauzi berkata tidak ada alasan mengapa aset strategik seperti PLUS perlu dijual kepada entiti lain kerana ia telah memberikan pulangan yang baik kepada Khazanah dan terutamanya KWSP yang 14.5 juta ahlinya bergantung kepada entiti bernilai seperti itu bagi dividen mereka.

“Aset seperti PLUS ternyata menjadi salah satu pelaburan terbaik yang pernah dibuat KWSP dan merupakan peluang yang amat sukar untuk datang sekali lagi.

“PLUS, dengan rangkaian lebuh rayanya sejauh 772 kilometer dari utara ke selatan, merupakan tulang belakang sistem jalan raya Malaysia yang sepanjang masa ini telah diurus dengan baik sekali.

“Pada 2015, ia memberikan dividen bersih berjumlah RM815 juta dan pada 2016 sebanyak RM720 juta. Bagi tempoh jangka panjang, PLUS memberikan pulangan kukuh bukan sahaja kepada KWSP atau Khazanah tetapi yang lebih penting kepada ahli-ahli KWSP yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Fauzi berkata bagi tempoh 20 tahun akan datang adalah suatu yang mustahil bagi KWSP untuk mendapatkan pelaburan sebaik PLUS dengan arus pendapatannya yang kukuh ditambah dengan kira-kira 600,000 kenderaan motor berdaftar, setiap tahun, berdasarkan kepada perangkaan 2011 hingga 2015.

“Bagi saya, apabila KWSP dan Khazanah membeli bersama PLUS, pastinya tidak terfikir oleh mereka akan mendapat pulangan sebaik itu,” katanya.

Mengenai tawaran tiada kenaikan tol oleh pembida, beliau mengingatkan apa yang berlaku kepada penswastaan MAS dengan alasan yang ia akan diuruskan dengan lebih cekap lagi tetapi kemudiannya ia terpaksa kembali kepada kawalan kerajaan selepas usaha menyelamat menelan kos amat tinggi.

“Ia sama juga dengan pengeluar kereta nasional, Proton, yang mana kerajaan terpaksa menyuntik dana yang besar dalam bentuk geran bagi meneruskan perniagaannya.

” Mungkin bagi pihak pembida aset strategik seperti PLUS, mereka merasakan sekiranya ada apa-apa yang berlaku mereka boleh kembalikan semula kepada kerajaan. Kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi dan ia ibaratnya bagaikan tikus membaiki labu,” katanya.

Ahli Parlimen itu juga meragui cadangan tiada kenaikan kadar tol yang ditawarkan oleh Maju Holdings, sambil menambah ” ia sukar untuk dipercayai”.

Beliau berkata ia adalah atas alasan ini setiap perjanjian yang dimeterai dengan semua pemegang konsesi tol di negara ini memasukkan peruntukan bagi kenaikan tol secara automatik setiap tiga atau lima tahun. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Fauzi ZahariPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd