• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Kawasan George Town

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di sepanjang Jalan Sungai Dua hingga Jalan Pekaka 1 di sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam pada Sabtu ini berikutan kerja-kerja pelencongan saluran paip di Jalan Sungai Dua (berhampiran Restoran Golden Phoenix).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi hingga 9 malam itu akan menyebabkan kira-kira 30,000 orang di kawasan berkenaan terjejas.

“Paip air 450mm sedia ada di situ akan dilencongkan dari kawasan pembinaan projek jambatan lengkung yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kerja pelencongan paip ini adalah perlu bagi memudahkan projek jambatan lengkung oleh JKR dan saluran paip bekalan air PBAPP harus dialihkan dengan selamat dari tapak kerja JKR untuk mencegah kemalangan serta memastikan bekalan air yang berterusan.

Jaseni berkata pengguna air di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual berkenaan dinasihati agar menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh tersebut.

“Kawasan yang terlibat ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Jalan Sungai Dua, Lintang Pekaka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9; Tesco Extra Sungai Dua, Lengkok Pekaka, Solok Pekaka 1 dan 2, Lorong Sungai Dua serta Lebuh Pekaka 1, 2, 3 dan 4.

“Selain itu, kawasan turut terjejas ialah Lengkok Sungai Dua, Desa Permai Indah, Persiaran Sungai Dua, Lorong Helang 1, 2 dan 3, Jalan Murai, Jalan Helang, Medan Murai 1, 2 dan 3; Jalan Merak, Taman Pekaka, Lintang Merak, Jalan Pekaka 1 dan 2, Lorong Merak 1 dan 2 serta Lorong Pekaka 1, 2, 3, 4, 5 dan 6,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ir Jaseni Maidinsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air 12 Kawasan Sabtu Ini

27/11/2017
0

GEORGE TOWN - Dua belas kawasan sekitar Jalan Permatang Damar Laut akan mengalami gangguan bekalan air berjadual Sabtu ini berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd