• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air 12 Kawasan Sabtu Ini

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua belas kawasan sekitar Jalan Permatang Damar Laut akan mengalami gangguan bekalan air berjadual Sabtu ini berikutan kerja lencongan paip untuk naik taraf jalan di kawasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata gangguan bekalan air itu bermula 9 pagi hingga 9 malam, membabitkan 11,568 pengguna di kawasan itu.

“Kerja-kerja pelencongan paip bekalan air akan dijalankan di 18 lokasi di Jalan Permatang Damar Laut Sabtu ini bagi memudahkan projek naik taraf jalan dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya.

“Berikutan itu pihak PBAPP perlu menutup saluran paip bekalan air 600mm sedia ada buat sementara waktu di kawasan itu kerana saluran paip kami mesti dialihkan dengan selamat dari tapak projek untuk mencegah kemalangan serta memastikan bekalan air yang baik dan berterusan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Beliau berkata kawasan yang terlibat ialah kawasan perindustrian Diamond Valley, Jalan Permatang Damar Laut, Kampung Permatang Masjid, Taman Sri Bayan, Desa Wangsa, Taman Sunway Cassia, Jalan Kekabu, Taman Kekabu, perumahan kluster fasa 1 Permatang Damar Laut, perumahan kluster fasa 2 Permatang Damar Laut, Kampung Permatang Damar dan Kampung Permatang Tepi Laut.

Pengguna di kawasan terlibat dinasihat untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi dan pihak PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang timbul. – BERNAMA

Tags: Datuk Ir Jaseni MaidinsaGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd