• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaduh Di Restoran, 17 Individu Ditahan Di JB

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 17 individu termasuk lapan wanita warga tempatan dan Vietnam ditahan awal pagi ini kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan laut di Stulang Laut, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan di sekitar bandar raya ini pada 3 hingga 4 pagi tadi.

“Kita telah menggerakkan pasukan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dengan berpandukan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Hasil siasatan, seramai sembilan lelaki dan lapan wanita, termasuk pelaku utama, berjaya ditahan hingga pagi tadi. Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata pergaduhan itu dipercayai tercetus apabila terdapat sekumpulan individu yang sedang mabuk, berang setelah makanan dipesan lambat sampai.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan bergaduh di tempat awam.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru petang ini untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohd Khalil lagi.

Semalam, video berdurasi 4 minit 26 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di sebuah restoran di Stulang Laut itu tular dalam laman Facebook, selain turut dikongsi orang awam menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, beliau berkata seramai 5,572 anggota polis akan ditugaskan bagi menjaga keselamatan sepanjang proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di seluruh negeri ini.

Beliau berkata polis Johor sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa ini.

Penugasan anggota itu disifatkan Mohd Khalil sebagai memadai, selain persiapan jentera bagi berdepan situasi tidak dijangka.

“Kesemua anggota tersebut akan diletakkan di pusat mengundi dan kawalan keselamatan di seluruh negeri ini.

“Kita juga yakin dan memberi jaminan bahawa sepanjang PRU14 berlangsung keadaan akan terkawal dan lancar,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: kes gaduhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd