• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun Disita: TPM Puas Hati Penjelasan Pengarah JSJ

oleh AK-47
04/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berhubung isu akaunnya yang disita oleh Polis Australia.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Wan Ahmad Najmuddin sudah bertemu dengannya secara peribadi untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Dalam pada itu, Zahid berkata sikap naif Pengarah JSJ Bukit Aman itu menjadi punca timbulnya masalah berkenaan.

“Kes akaun Wan Ahmad Najmuddin disita polis Australia ini telah timbul sejak 2016.

“Sebagaimana diperjelaskan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) dalam kenyataan semalam, beliau ada menjelaskan bahawa sumber kewangan dalam akaun Wan Ahmad Najmuddin bagi pembiayaan pengajian duanya di Australia adalah hasil penjualan dua rumahnya.

“Cuma undang-undang Australia mewajibkan seseorang individu itu mendapatkan kebenaran khusus jika ingin mengaktifkan akaun melebihi AUD$10,000.

“Jadi, mungkin Wan Ahmad Najmuddin naif tentang undang-undang Australia,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Sebelum ini, portal berita Australia, The Sydney Morning Herald mengatakan sumber duit akaun tersebut datang daripada hasil yang boleh dipertikaikan atau Wan Ahmad Najmuddin terlibat dengan kesalahan yang boleh didakwa.

Namun dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Mohamad Fuzi dalam sebuah kenyataan semalam, di mana beliau menjelaskan bahawa tujuan utama Wan Ahmad Najmuddin membuka akaun bank di Australia pada 2011 adalah bagi menguruskan pemindahan dana kewangan untuk pengajian anak lelakinya di negara tersebut.

Baca: Wang Pengarah JSJ Di Akaun Bank Pendidikan Anak

Jelas beliau, siasatan dalaman telah dijalankan bagi menyelidik perkara tersebut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun 2016.

Dalam tempoh sama pada 2016, katanya, akaun sama diaktifkan bagi merancang untuk pengajian sarjana anak perempuannya di Australia juga.

Tegas Mohamad Fuzi, Wan Ahmad Najmuddin turut berjaya menunjukkan dokumen yang membuktikan dana tersebut daripada penjualan rumahnya di Shah Alam, yang juga pada masa yang sama bernilai RM700,000 (AUD$260,770). – MYNEWSHUB.CC

Tags: akaun disitaTimbalan Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd