Pengendali kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara yakin kerajaan tidak akan membiarkan nasib mereka tidak terbela ekoran penangguhan program itu yang diumumkan semalam.
Presiden Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata pihaknya akan bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datul Mohamed Asri Yusof untuk mendapat maklumat terkini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan PLKN untuk sesi 2015 ditangguhkan bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta ekoran keadaan ekonomi yang perlahan ketika ini.
MENARIK – Penangguhan PLKN Dapat Reaksi Bercampur-Campur
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Ketika membentangkan Bajet 2015, Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa prorgam berkenaan akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.
PLKN mula diperkenalkan pada 16 Februari 2004.
Ketika ini, Ahmad Kamil berkata semua kem PLKN sedang beroperasi seperti biasa dan pelatih yang sedang menjalani latihan dijangka akan tamat pada bulan hadapan.
– MYNEWSHUB.CC
Kembara Halangan Pelatih PLKN Kem Jugra, Banting

