• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Pelajar Kena Mesin Rumput Akan Diumum

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Hasil siasatan kes seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput bulan lepas akan diumumkan dalam tempoh dua minggu ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata pihaknya juga akan mengumumkan tindakan seterusnya yang akan diambil berdasarkan siasatan polis dan laporan jawatankuasa khas siasatan dalaman yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pkharuddin Ghazali.

“Sekarang siasatan sudah siap, nanti kita kumpul semua dan akan umumkan dalam seminggu dua ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Budayakan Gaya Hidup Sihat Lestari di Bukit Melati anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Abu Ubaidah Redza dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam kejadian 10.30 pagi pada 13 Februari lepas, pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting mengenai kepalanya manakala dua pelajar lelaki mengalami kecederaan.

Sementara itu, Chong berkata ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti luar kelas seperti sukan lasak dan sebagainya bagi meningkatkan kesihatan mereka.

“Jangan jaga anak kita seperti berlian, tak boleh keluar, tak boleh kena air ataupun hujan, lumpur. Itu akan menjadikan anak-anak lemah dan mudah kena sakit,” katanya.

Seramai 700 orang termasuk pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, menyertai program itu yang bermula 7 pagi tadi.

Pada majlis itu, Chong turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 kepada Perkim untuk membuka kelas tuisyen bagi murid-murid yang memerlukan dan kelas fardu ain untuk orang awam. – BERNAMA

Tags: mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd