• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Gubal Peraturan Tangani Gejala Atur Perlawanan

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara boleh digantung seumur hidup daripada beraksi sekiranya didapati terlibat dalam gejala mengatur perlawanan dan isu lain yang berkaitan apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melaksanakan peraturan baharu.

Anggota Majlis BAM Jadadish Chandra berkata Jawatankuasa Peraturan, Disiplin dan Integriti badan induk itu akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengesahkan peraturan baharu tersebut bagi tujuan menangani kegiatan itu di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata pelaksanaan peraturan baharu itu sangat penting bagi mengekang aktiviti berkenaan kerana ia boleh menjejaskan sukan badminton pada masa depan.

“Saya sudah kemukakan laporan awal saya kepada Majlis BAM dan mereka menerimanya. Kita akan mempunyai peraturan baharu berkaitan perkara itu. Kita tidak boleh tunggu sehingga kejadian serupa berulang dan mendapati kita tidak mempunyai peraturan untuk menanganinya.

“Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai peraturan itu di peringkat antarabangsa. Kita akan syorkan peraturan ini di peringkat kebangsaan kerana sukan ini semakin besar. Aktiviti mengatur perlawanan boleh berlaku bila-bila masa…kalau bukan tahun ini, mungkin dua atau tiga tahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara hari ini.

Chandra berkata sekiranya perbuatan mengatur perlawanan berlaku dalam tempoh terdekat, pemain terlibat akan menjalani proses penghakiman seperti biasa, termasuk diberi hak melantik wakil guaman serta menghadiri sesi pendengaran.

“Pelbagai hukuman ditetapkan bergantung pada tahap kesalahan dilakukan. Begitu juga, kita boleh melarang mereka daripada bermain seumur hidup,” katanya.

Dunia badminton Malaysia dikejutkan dengan skandal mengatur perlawanan melibatkan dua pemain bebas, yang kini digantung sementara daripada beraksi dalam sukan itu oleh BWF.

Pemain terbabit menghadiri sesi pendengaran BWF di Singapura pada Isnin dan Selasa, susulan penggantungan mereka kerana disyaki mengatur perlawanan.

Mereka menghadapi enam pertuduhan dan satu daripada kesalahan berkenaan dipercayai dilakukan pada Grand Prix Korea.

Panel disiplin tiga anggota itu dijangka merumuskan dapatan mereka setelah selesai sesi pendengaran dan mengemukakan keputusan penghakimannya kepada BWF.

Jika didapati bersalah, dua pemain itu akan dilarang bermain seumur hidup – keputusan yang diambil untuk julung kalinya oleh badan induk badminton dunia itu.

Sementara itu, Chandra yang mewakili BAM pada sesi pendengaran berkenaan di Singapura, berkata keputusan menghalang beliau daripada menghadiri sesi itu pada hari kedua, bercanggah dengan perlembagaan BWF.

“Saya ke sana sebagai wakil BAM, jadi mereka tidak berhak menghalang saya daripada menghadiri sesi itu. Perkara itu disebut dalam Perkara 13.8.2.6 perlembagaan BWF.

“Kejadian sudah berlaku dan ini merupakan kes pertama BWF. Ia boleh menjadi suatu proses pembelajaran bagi mereka,” katanya.

Chandra dihalang daripada menghadiri sesi pendengaran pada hari kedua apabila pengerusi panel bebas tiga anggota itu menerima aduan daripada peguam yang mewakili pemain berkenaan bahawa beliau menyalurkan maklumat kepada media. – BERNAMA

Tags: BAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd