• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Tak Akan Ubah Cara Penentuan Harga Minyak

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan membuat sebarang perubahan dalam penentuan mekanisme harga minyak petrol dan diesel, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini kerana mekanisme mingguan yang ditetapkan kerajaan sudah pun diterima rakyat.

Hamzah berkata walaupun harga minyak turun naik antara 7 hingga 8 sen setiap minggu namun, rakyat sudah pun faham dan bersedia dengan perubahan itu.

“Turun naik harga minyak adalah mengikut harga pasaran dunia dan apabila rakyat faham, mereka yang berniaga boleh mengkaji kos perniagaan mereka. Justeru, kita sebagai rakyat sepatutnya bersyukur dengan apa yang kerajaan lakukan terbaik untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Arena Pekan Selasa di sini, hari ini.

Projek Arena Pekan Selasa milik Koperasi Pasar dan Perniagaan Batu Kurau Berhad itu membabitkan kos bernilai RM250,000 siap dibina awal tahun ini.

Sementara itu, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut menyarankan koperasi di negara ini supaya membangunkan projek untuk membantu anggota menikmati dividen dan bantuan kerajaan kepada koperasi.

“Bagi koperasi yang mempunyai hartanah, kita akan bantu untuk melaksanakan sebarang projek yang memberi impak ekonomi dan mereka boleh membayar balik pinjaman tersebut bagi membolehkan pinjaman diberikan pula kepada koperasi yang lain.

“Kita beri pinjaman sebanyak RM150,000 dan sebanyak RM150,000 lagi dalam bentuk geran bantuan kepada koperasi untuk memajukan projek di setiap kawasan Parlimen di negara ini,” katanya.

Hamzah berkata terdapat lebih 13,000 koperasi di negara ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 31 koperasi telah dibantu tahun lepas manakala 66 akan dibantu pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudinharga minyakKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd