• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Terhadap Katerer Punca Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam syarikat katerer swasta yang menyediakan makanan sehingga menyebabkan 76 kakitangan Jabatan Anestesiologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Selangor mengalami keracunan makanan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata berdasarkan siasatan awal, syarikat swasta dari luar hospital itu menyajikan makanan dipercayai tidak bersih serta tercemar.

“Kami masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui makanan apa yang disajikan pada hari itu yang sebenarnya menyebabkan 76 kakitangan berkenaan keracunan makanan. Cuma, setakat ini saya boleh sahkan ia (makanan) tidak bersih serta tercemar.

“Kementerian Kesihatan memandang serius perkara itu dan kami akan mengambil tindakan segera ke atas katerer berkenaan kerana mengabaikan aspek kebersihan sehingga menyebabkan kakitangan HTAR mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan seramai 76 kakitangan Jabatan Anestesiologi HTAR mengalami keracunan makanan pada 28 Februari, dipercayai makan makanan tercemar.

Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming dilaporkan berkata keracunan itu dipercayai berpunca daripada makanan yang disediakan oleh katerer swasta dari luar hospital dan siasatan awal mendapati ia mungkin berlaku selepas kakitangan memakan makanan yang disajikan selepas mesyuarat jabatan berkenaan pada Rabu lepas.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata sampel makanan yang disajikan katerer berkenaan turut dihantar ke makmal untuk dianalisis dan semua kakitangan yang mengalami keracunan makanan itu juga semakin pulih serta tiada kes baharu dilaporkan.

Berikutan kejadian itu, beliau meminta semua hospital yang mahu mendapatkan katerer swasta dari luar hospital agar memilih syarikat yang tidak mempunyai rekod menyajikan makanan sehingga menyebabkan keracunan kepada kakitangan.

“Saya bimbang jika kes keracunan makanan itu serius ia boleh menyebabkan perkhidmatan rawatan termasuk pembedahan membabitkan kakitangan yang terlibat (keracunan) akan terjejas ini akan memberi kesan kepada pesakit,” katanya.

Beliau juga berharap syarikat katerer lebih bertanggungjawab terutama dalam menjaga aspek kebersihan agar makanan yang mereka sajikan tidak tercemar sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan kepada orang ramai. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd