• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Sungai Parah Terkena Bom Ikan

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang nelayan sungai parah di muka, tangan, dan badan selepas bom ikan yang dibuatnya sendiri meletup secara tiba-tiba di Kampung Chegar Bedil, Jeli semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Fadil Abdullah, 27, cedera di bahagian tulang rahang, pergelangan tangan kanan dan hancur telapak tangan kiri.

“Mangsa sebelum itu keluar dari rumah menuju ke sungai dengan membawa bom buatan sendiri.

‘Ketika tiba di sungai, mangsa melemparkan bom berkenaan ke dalam sungai tetapi tidak meletup, menyebabkan mangsa menghampiri bom dan ketika itu bom meletup secara tiba-tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Hari Bersama Pelanggan dan Pertandingan Dikir Peringkat Kelantan sempena Perayaan Jubli Perak Ekspres Mutiara di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Konsortium Ekspres Mutiara (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail.

Beliau berkata mangsa yang kini koma akibat kecederaan yang dialaminya kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Katanya setakat ini polis Kelantan masih belum menerima sebarang laporan daripada anggota keluarga mangsa namun kertas siasatan tetap dibuka di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

“Siasatan lanjut kes itu akan dilakukan sebaik mangsa sedar daripada koma. Setakat ini keadaannya stabil walaupun kesan kecederaan agak parah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd