• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota SPRM Ditempatkan Di Unit Integriti Felda

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menempatkan beberapa pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Unit Integriti agensi itu bagi memastikan ia telus dan bebas daripada gejala rasuah.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata langkah itu dibuat susulan cadangan daripada SPRM dalam usahanya membantu Felda menangani isu rasuah.

“Felda akan sentiasa mengambil langkah terbuka dan telus…kita juga telah menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilaksanakan SPRM.

“Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu lepas telah memberi kebenaran (melaksanakan langkah ini) dan perkara ini akan dirundingkan lagi bagi membincangkan jumlah kakitangan yang diletakkan di Unit Integriti Felda, yang akan ditentukan oleh SPRM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama penduduk Taman Suria di sini, hari ini.

Beliau berkata Unit Integriti sudah lama ditubuhkan dan Felda mahu melipatgandakan usaha unit itu dengan menempatkan kakitangan SPRM di situ.

Shahrir berkata penempatan anggota SPRM di Felda akan dilaksanakan selewat-lewatnya dua bulan dari sekarang dengan mereka akan melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan pemeriksaan selain memberi latihan kepada kakitangan.

“Mereka (SPRM) akan menjalankan pemeriksaan selain memberikan maklumat dan latihan kepada kakitangan dan pegawai Felda berkaitan proses dan prosedur yang melibatkan isu-isu besar seperti kewangan, kontrak dan banyak lain yang berkaitan dengan isu integriti,” jelasnya.

Transparency International (TI) dalam laporan pada 22 Feb lalu menyatakan kedudukan Malaysia merosot dalam CPI 2017, daripada tangga 55 kepada 62, antaranya disebabkan oleh beberapa kes berprofil tinggi yang masih dalam siasatan termasuk skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd