• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dok Seke, PM Belanja Saya!” – Pembeli

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – “Dok seke (tak sangka) hari ni PM (Perdana Menteri) belanja saya!”

Itu reaksi seorang pembeli yang terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan seekor ayam kepadanya ketika membeli di tapak Jualan Sentuhan Rakyat sempena Ekspo Negaraku 2018 di sini.

Mohd Yasin Abdullah, 57 dari Jabi, Besut bersama isteri dan dua anaknya berkata beliau yang mengunjungi ekspo itu untuk kali kedua mengambil kesempatan membeli barang basah yang ditawarkan dengan harga lebih murah.

“Saya tengok ada jualan rakyat, saya mari la nak beli sayur dan ikan, kebetulan apabila lalu tempat orang jual ayam, PM panggil dan hulur saya ayam. Saya sangat teruja dan gembira.

“Sebab sebelum ni saya hanya pernah tengok PM dari jauh je di program lain dan dalam televisyen. Tapi hari ni dapat jumpa dekat dan beliau siap belanja saya! Terima kasih PM, memang satu kenangan untuk saya,” katanya ketika ditemui Bernama sewaktu tinjauan pemimpin nombor satu negara ke tapak jualan tersebut.

Mohd Yasin yang juga bekas pesara kerajaan berkata kehadiran pemimpin itu menunjukkan keprihatinan beliau terhadap keperluan rakyat di akar umbi.

“Memang baguslah program macam ni dan PM pun datang tengok rakyat. Kalau boleh biarlah kerajaan buat setiap minggu program jualan rakyat macam ni…kami sebagai rakyat memang suka,” katanya.

Perdana Menteri tiba yang di tapak ekspo di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak kira-kira 10.30 pagi ini diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau meluangkan masa sekitar 20 minit bersama pembeli dan turut meninjau harga barangan yang dijual.

Jualan selama dua hari bermula semalam merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sempena jualan itu, sebanyak tujuh ekor lembu disembelih dan dijual dengan harga RM25 sekilo berbanding harga pasaran biasa, RM30.

Selain daging segar, jualan yang menawarkan potongan harga bermula lima hingga 20 peratus itu turut menawarkan harga rendah bagi barangan termasuk gula, minyak masak, telur, beras, sayur, ikan dan milo. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakEkspo Terengganu 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd