• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelongsong Peluru Ditemui Di Hentian Bas Seri Kembangan

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menemukan lapan kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian kes tembak di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Seri Kembangan yang mengakibatkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan berkata pihaknya juga mengenal pasti mangsa dalam kes itu dan sedang menyiasat lebih lanjut berkenaan latar belakangnya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti mangsa.

“Kita percaya kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak pulang dari sekolah di perhentian bas berkenaan, gempar apabila dikejutkan dengan kejadian tembak.

Ketika kejadian, seorang daripada dua lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an, mengakibatkan mangsa terbunuh di lokasi kejadian.

Seorang lagi lelaki berusia 30-an yang berada berdekatan, turut cedera terkena tembakan, di bahagian belakang badan. – BERNAMA

Tags: SAC Fadzil Ahmat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Kematian CEO Cradle Fund Diklasifikasikan Kes Bunuh

07/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas,...

Bekas Tahanan POCA Maut Ditembak

29/04/2018
0

SHAH ALAM – Seorang bekas tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) maut ditembak di rumahnya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd