• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian CEO Cradle Fund Diklasifikasikan Kes Bunuh

oleh
07/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada Jumaat lepas (3 Ogos).

“Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tersebut, media melaporkan Nazrin, 47, maut dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari.

Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney. – BERNAMA

Tags: SAC Fadzil Ahmat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Tahanan POCA Maut Ditembak

29/04/2018
0

SHAH ALAM – Seorang bekas tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) maut ditembak di rumahnya di Jalan...

Kelongsong Peluru Ditemui Di Hentian Bas Seri Kembangan

02/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menemukan lapan kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian kes tembak di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd