• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sempadan Di Selatan Thai Rampas 1.1 Tan Ketum

oleh AK-47
03/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADAO – Polis Sempadan dan Pejabat Perhutanan di selatan Thailand menemukan 1.1 tan daun ketum di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran negeri Perlis.

Menurut Kapten Prawing Mongkon daripada Polis Sempadan Sadao, daun ketum itu dipercayai diseludup masuk ke Thailand dari Perlis menggunakan laluan tikus di Bukit Khao Nam Khan yang bersempadan dengan negeri utara Malaysia itu.

“Kami terpaksa mengambil masa lima jam untuk memunggah kesemua daun ketum itu ke jalan besar,” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, tiada tangkapan dilakukan.

Seorang pegawai Pejabat Perhutanan Sadao berkata, disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan, kawasan Bukit Khao Nam Khan memang dikenali sebagai lokasi penyeludupan barangan dan manusia.

Menurut beliau, lokasi penemuan daum ketum itu juga terletak tidak jauh daripada kubur-kubur etnik Rohingya yang menjadi mangsa kepada sindiket penyeludupan manusia kira-kira tiga tahun yang lepas.

Katanya, permintaan daun ketum yang tinggi di selatan Thailand dikenal pasti sebagai punca disebalik peningkatan penyeludupan daun itu daripada seberang sempadan. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumrampas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Polis Rampas Pil Yaba, Tahan Pasangan Kekasih

Polis Rampas Pil Yaba, Tahan Pasangan Kekasih

02/01/2026
0

DUNGUN: Polis menahan seorang lelaki bersama teman wanitanya selepas menemui sejumlah pil dipercayai dadah seberat kira-kira 178.68 gram, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd