• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPR Antara Bukti Kerajaan Tunai Janji Pada Rakyat

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) ​​​​​​antara kejayaan terbesar kerajaan sekali gus membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa menunaikan janji bagi menyediakan keperluan untuk rakyat.

Beliau berkata kerajaan sehingga kini telah berjaya menyiapkan 83,759 unit rumah melalui 120 projek PPR untuk golongan yang memerlukan.

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6 bilion supaya rakyat dapat memiliki rumah PPR dengan harga RM35,000 (seunit) di Semenanjung manakala RM42,000 di Sabah dan Sarawak.

“Sebanyak RM80,000 sehingga RM120,000 subsidi telah disalurkan kerajaan untuk setiap unit PPR,” katanya dalam catatan di blognya NajibRazak.com berkenaan PPR.

Najib berkata semua projek unit perumahan itu walaupun dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, namun kualitinya menyamai rumah yang dibina oleh pemaju swasta.

Tambah perdana menteri terdapat banyak projek PPR yang permohonannya bakal dibuka seperti PPR Kepong, PPR Mukim Naga di Kubang Pasu, Kedah, PPR Kota Bharu, Kelantan, PPR Kampung Tok Suboh di Pulau Pinang sementara PPR Machang di Kelantan sudah dibuka untuk permohonan.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menunaikan janji untuk menyediakan keperluan untuk rakyat. Berbeza dengan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka gagal untuk menyediakan rumah mampu milik di bawah Kerajaan negeri,” katanya

Di Selangor, katanya, sembilan projek Selangorku dibatalkan manakala di Pulau Pinang walaupun selepas sembilan tahun, kerajaan negeri masih gagal menyerahkan kunci rumah mampu milik kepada rakyat.

Najib berkata kerajaan menggalakkan rakyat agar memohon untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana memahami yang perumahan mampu milik juga adalah hak rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Noor Rashid Yakin Telah Beri Khidmat Terbaik Buat PDRM

Next Post

Slovakia Tawar RM4.8 Juta Buru Pembunuh Wartawan

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Slovakia Tawar RM4.8 Juta Buru Pembunuh Wartawan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd