• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penangan Apple, Ribuan Kecoh ‘Serbu’ MyTown Cheras

oleh
02/03/2018
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANGAT… Apple Inc. mengadakan ‘Promosi Jualan Gudang’ selama tiga hari bermula hari ini dengan menawarkan harga jauh lebih rendah daripada pasaran di MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

Perkara itu telah mengakibatkan orang ramai berpusu-pusu membanjiri acara jualan berkenaan sejak awal pagi lagi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan pusat belah-belah di pinggir ibu kota tersebut.

Bagaimanapun kekecohan dilaporkan berlaku antara kalangan ribuan pengunjung apabila stok gajet ditawarkan premis itu pula adalah sangat terhad sehingga pihak polis terpaksa campur tangan bagi meredakan keadaan.

Difahamkan, kuantiti dijual hanyalah 170 unit sahaja tetapi jumlah pengunjung yang datang adalah berlipat ganda lebih 3,000 orang sehinggakan ada sanggup meminta pelepasan setengah hari bekerja semata-mata ke jualan itu.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pengunjung yang sanggup menaiki Transit Aliran Massa (MRT) daripada rumahnya di Kajang, Selangor semata-mata untuk mendapatkan barangan dengan harga yang dianggap jauh lebih murah.

Apple sebelum itu mengumumkan promosi jualan gudang ini dengan menawarkan harga jauh lebih rendah daripada pasaran antaranya Iphone 5s dan Ipad Mini 2 dengan kedua-duanya hanya berharga RM200 setiap satu.

Fenomena itu turut dikongsi oleh ramai netizen yang mana masing-masing meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku sambil menyifatkan gimik promosi berkenaan sebagai tidak masuk akal.

Jualan bermula 10 pagi tadi namun terpaksa dibatalkan sehingga Ahad ini atas faktor keselamatan dan hebahan itu dibuat menerusi pengumuman jam 12 tengah hari  oleh pihak polis bantuan yang mengawal kompleks tersebut.

Menurut pengumuman itu, orang ramai berpusu-pusu ke jualan gudang berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas ke semua arah menuju ke pusat beli-belah berkenaan sehingga pihak polis terpaksa membatalkannya.

Keadaan kecoh sebegini sebenarnya pasti dapat dielakkan lebih awal sekiranya pihak penganjur terbabit lebih bertanggungjawab memaklumkan perkara sebenar kepada pengunjung. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Apple InciPhone
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kontrak Neelofa Bersama Bank Rakyat Masih Kekal

Next Post

Azizulhasni Mahu Tebus Dalam Acara Pecut 200M

Related Posts

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

Trump Gesa Apple Bantu Akses Data iPhone Penembak Saudi

15/01/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam menggesa Apple membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengakses data yang terdapat...

Next Post

Azizulhasni Mahu Tebus Dalam Acara Pecut 200M

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd