• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Terima 143 Rayuan Kurang Kompaun

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Hanya dalam tempoh dua jam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menerima 143 permohonan rayuan pengurangan kompaun yang ditawarkan di Ekspo Terengganu 2018, di sini semalam.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata pengurangan hingga 50 peratus itu ditawarkan untuk pelbagai kesalahan lalu lintas kecuali saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), saman yang telah dibawa ke mahkamah, saman melibatkan remaja bawah umur, saman operasi khas dan saman kenderaan berat.

Pesalah trafik, bagaimanapun masih berpeluang menikmati tawaran pemotongan itu pada Sabtu ini, sempena hari terakhir penganjuran ekspo tersebut, katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

“Kita yakin permohonan pengurangan kompaun ini akan meningkat pada hari terakhir ekspo…permohonan rayuan saman yang paling banyak diterima ialah saman cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Pengunjung ekspo, Nik Ahmad Khushairi Nik Mohamad, 41, dari Kampung Merbau Patah berkata beliau mengetahui mengenai tawaran itu setelah melihat orang ramai beratur di gerai pameran JPJ.

“Pelik juga tengok orang agak ramai, rupa-rupanya ada pemotongan hingga 50 peratus, saya terus ambil peluang sebab memang ada satu saman yang belum dilunaskan. Alhamdulillah daripada RM300, saya cuma perlu bayar RM150.

“Melalui ekspo sebegini, rakyat berpeluang mendekati agensi kerajaan secara tidak langsung,” katanya.

Ekspo yang bertemakan #TerengganuMolekDoh itu merupakan penganjuran julung kali kerajaan negeri secara besar-besaran bagi memberi pendedahan kepada rakyat Terengganu mengenai kejayaan dan pembangunan yang telah dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: JPJkompaun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd