• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Aziz Hidap Kanser Prostat, Perlu Rawatan Rapi

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama, namun penyakit tersebut mampu dikawal oleh pakar.

Perkara itu didedahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan.

Tambahnya setakat ini, bapanya menunjukkan reaksi positif dan stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

[BACA INI JUGA: Tahap Kesihatan Nik Aziz Tunjuk Perkembangan Positif]

nik

Memetik kenyataannya dalam portal The Rakyat Post, “Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

“Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh doktor telah berjaya mengawalnya.

“Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.”

Dalam kenyataan sama Nik Abduh berkata, individu yang ingin melawat bapanya perlu mengikut prosedur yang telah ditentukan pihak hospital dan dipersetujui oleh ahli keluarga.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Nik Aziz. -MYNEWSHUB.CC

Laporan KiniTV – Kesihatan Nik Aziz Menurun, Tapi Uzur Biasa

Tags: ICUkanserNik AbduhNik Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd