• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulat Teksi Guna Tonto Elak Aktiviti Dikesan – JPJ

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ulat teksi yang beroperasi secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dikesan menggunakan khidmat ‘tonto’ warga asing bagi mengelak aktiviti memujuk penumpang dikesan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata dengan sedikit bayaran, tonto warga asing yang bekerja selaku operator di lapangan terbang digunakan bagi mengintip pergerakan pihak berkuasa ketika ulat-ulat teksi menjalankan aktiviti memujuk penumpang.

“Ini menyebabkan pergerakan kita mudah dihidu sekali gus memberi kesan pada operasi yang dijalankan bagi membanteras ulat teksi di pintu masuk negara,” katanya pada sidang media sempena Operasi Khas Ulat Teksi di KLIA hari ini.

Beliau berkata pihaknya bagaimanapun berjaya menahan 10 lelaki tempatan yang bertindak sebagai ulat teksi pada operasi khas selama tiga hari bermula Ahad lepas di KLIA dan klia2.

Beliau berkata ulat-ulat teksi tersebut ditahan ketika sedang merayu penumpang di balai ketibaan dengan sasaran utama adalah pelancong dari negara Arab.

Modus operandi mereka ialah merayu dan memperngaruhi penumpang dengan menawarkan kadar tambang lebih rendah daripada perkhidmatan kereta sewa yang beroperasi secara sah di lapangan terbang.

“Ulat-ulat ini menawarkan kadar antara RM80 hingga RM100 untuk penumpang ke Kuala Lumpur dan mangsa yang pertama kali tiba ke negara ini biasanya akan tertarik dengan tawaran itu tanpa mengetahui kadar tambang sebenar hanyalah antara RM65 ke RM80.

“Lebih malang, penumpang tersebut akan diminta membayar sehingga US$100 ketika tiba di destinasi atas alasan mereka tidak menyatakan matawang sebenar ketika tawaran dibuat dan diterima,” katanya.

Jika bersalah, ulat-ulat tersebut boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali berdasarkan Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, katanya.

Shaharuddin berkata operasi berkenaan akan diperluas ke lapangan terbang di Pulau Pinang dan Johor bagi membanteras tindakan yang boleh mewujudkan persepsi negatif kepada negara dalam kalangan pelancong. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd