• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Kerusi Roda Untuk Hospital Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) menyasarkan sebanyak 500 kerusi roda di bawah Program Pinjaman Dan Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M) akan diserahkan kepada hospital di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam KER1M Nur Shaqiroh Hussin berkata sehingga kini, sebanyak 150 daripadanya telah berjaya diagihkan sejak Januari lepas.

“Setakat ini hospital yang telah menerima BKR1M ialah hospital di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Kelantan.

“Selepas ini kita akan serahkan kepada hospital di Kedah, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 18 buah kerusi roda kepada wakil Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan, di sini hari ini.

Menurutnya di bawah program itu, pihak hospital boleh meminjamkan kerusi roda tersebut dalam jangka masa pendek kepada pesakit atau pemohon yang kurang berkemampuan.

Nur Shaqiroh berkata orang ramai yang memerlukan bantuan kerusi roda juga boleh menghubungi KER1M di talian 03-21644999 atau melayari lawan web persatuan itu di www.1malaysia.gov.my.

Katanya setiap permohonan perlu disertakan dengan pengesahan daripada doktor bagi mendapatkan kelulusan. – BERNAMA

Tags: KER1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KER1M, Miss Grand Malaysia Bantu Agih Kerusi Roda

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) dan Miss Grand Malaysia 2018 menjalin hubungan strategik dalam melaksanakan tanggungjawab...

Pelawa Syarikat Korporat Terbit Buku MYTN50

26/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd