• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelawa Syarikat Korporat Terbit Buku MYTN50

oleh Ahmad Albab
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerjasama dalam menerbitkan buku MYTN50.

Persatuan itu dalam kenyataan hari ini berkata penerbitan buku tersebut bagi menyokong hasrat kerajaan dalam memperkasakan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar MYTN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020. MYTN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang.

“Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan MYTN50, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan mandat kepada KER1M untuk mendapatkan perhatian dan penglibatan sektor korporat sepenuhnya dalam memberikan input-input baru menerajui masa depan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan setiap penyertaan dan tajaan yang dibuat layak mendapat pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Maklumat lanjut untuk menyertai program anjuran KER1M tersebut boleh didapati dengan menghubungi Isma Zaimei Ishak, Nur Shaqhiroh Hussin atau Mastura Umar Baki di talian 03-8861 7557.

TN50 merupakan inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.

Inisiatif itu akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. – BERNAMA

Tags: KER1MMYTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KER1M, Miss Grand Malaysia Bantu Agih Kerusi Roda

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) dan Miss Grand Malaysia 2018 menjalin hubungan strategik dalam melaksanakan tanggungjawab...

500 Kerusi Roda Untuk Hospital Seluruh Negara

01/03/2018
0

PUTRAJAYA - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) menyasarkan sebanyak 500 kerusi roda di bawah Program Pinjaman Dan Bantuan Kerusi Roda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd