• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Kekal Perintah Terengganu Selepas PRU14

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan mengekalkan pentadbirannya di negeri ini meskipun pembangkang dilihat lebih agresif mendekati pengundi ketika ini.

Ketua Penerangan BN Terengganu, Wan Hakim Wan Mokhtar berkata BN telah menyusun strategi tersendiri tanpa perlu mengikut apa yang dilakukan pihak lawan untuk memenangi PRU14 nanti.

“Kami benar-benar yakin akan memenangi PRU nanti dan kekal mentadbir negeri ini sebab kita dah susun dan ada strategi-strategi kita yang hanya menunggu waktu sesuai untuk dilancarkan.

“Biarlah orang lain nak buat apa pun, kita bukan parti yang akan ikut rentak parti lain, kita bukan macam tu,” katanya dalam sidang media sempena Konvensyen BN Terengganu 2018.

Konvensyen dua hari itu akan dirasmikan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, esok.

Wan Hakim yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih itu berkata BN Terengganu juga sudah mempunyai maklumat lengkap dan data terkini jumlah pengundi yang dijangka akan memilih BN pada PRU nanti.

“Dalam pilihan raya jumlah pengundi membawa segala makna…kita ada data lengkap dan boleh tahu berapa ramai pengundi yang akan undi kita nanti.

“Di media sosial juga kita dah jalankan kajian bahawa kita akan menang berbanding pihak pembangkang,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd