• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selama Rampas Heroin Bernilai RM300,000

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua ketulan mampat heroin base dan satu bungkusan plastik lutsinar disyaki heroin bernilai RM300,000 menerusi serbuan Op Tapis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menahan lelaki berumur 49 tahun dari Sungai Terap di sini itu dalam sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna merah di kawasan tempat letak kereta di Jalan Terap Indah 1, Sungai Terap, Selama, pada 6.35 petang semalam.

Anggota polis telah mengarahkan lelaki itu keluar dari kereta berkenaan dan membuat pemeriksaan fizikal ke atas suspek, namun tidak menemukan apa-apa barang salah, katanya.

“Bagaimanapun anggota yang membuat pemeriksaan pada bahagian dalam kereta tersebut telah menemukan satu bungkusan beg plastik warna kuning yang tidak berikat di tempat duduk hadapan sebelah penumpang.

“Apabila dibuka dan diperiksa, bungkusan itu didapati mengandungi dua ketulan mampat berbalut plastik dengan plastik lutsinar berisi dadah, disyaki heroin base seberat 900 gram dan satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan-bahan disyaki heroin seberat 1,000 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loo berkata siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dadah itu daripada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Ramu di kawasan Jelutong, Pulau Pinang.

Hasil ujian air kencing suspek negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: DSP Loo Lian Layheroin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Serbu Makmal Heroin, Dua Ditahan Termasuk ‘Ahli Kimia’

Polis Serbu Makmal Heroin, Dua Ditahan Termasuk ‘Ahli Kimia’

23/11/2025
0

Bukit Mertajam: Polis menyerbu makmal pemprosesan heroin dengan menahan dua lelaki yang salah seorang daripadanya berperanan sebagai ahli kimia dalam...

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

13/05/2024
1

Taiping : Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar 21.03...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd