Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

‘Black 505’: Kes Nik...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Anggota Exco...

Shafie Tak Beri Wang...

BEAUFORT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal tidak...

Ribut Di Gua Musang,18...

GUA MUSANG - Sejumlah 18 bangunan termasuk rumah dan bengkel kenderaan di Taman...

AS, Korea Selatan Tangguh...

SINGAPURA - Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan telah menangguhkan latihan tentera udaranya...

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

Taiping : Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar 21.03 kilogram (kg) dadah jenis heroin, dua minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohd Fauzi Mohd Mokhtar, 42, yang juga nelayan dan Dzulkarnai Maliki, 47, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari, namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, dua lelaki itu didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 21,037.10 gram dengan mereka melakukan perbuatan itu di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai di Jalan Medan Simpang, di sini, jam 11.15 malam, 3 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama.


Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Nishaalini manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Julai ini sebagai tarikh untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

-Harian Metro

1 komen

  1. I loved as much as you will receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get got an impatience over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori