• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elfira Bengang, Mulut Jahat Tak Habis Nak Hentam Orang!

oleh
28/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAT dengan tuduhan melampau kononnya sudah mempunyai pengganti selepas putus tunang dengan Sufian Suhaimi, kini pelakon Elfira Loy mula bersuara selepas beberapa gambarnya bersama seorang lelaki telah disalah ertikan oleh netizen.

“Kalau nak kata saya yang beri ruang untuk orang buat fitnah, dalam caption terang-terang dah tulis makan sempena kelahiran Acap.

“El kenal Acap lama lagi dari zaman tak bertudung sampai sekarang. Trip ke Makkah tu kami dalam kumpulan yang sama, bukan pergi bersama!” jelasnya menerusi InstaStory baru-baru ini.

Baru-baru ini pula, seorang lelaki yang turut merupakan seorang usahawan dikenali sebagai Asyraff Mazlan telah memuat naik sekeping fotonya bersama dengan Elfira dan adiknya, Ezlisa Loy.

Foto itu jelas menunjukkan bahawa mereka bertiga sedang berada disebuah restoran bagi meraikan ulang tahun Asyraff.

Disebabkan mulut bawang sesetengah netizen, ramai yang menganggap bahawa Elfira sudah mendapat pengganti bagi menggantikan tempat Sufian dalam hatinya.

Malah, ruangan komen Instagram Asyraff turut telah ‘dibanjiri’ dengan banyak komen netizen yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkaan kepastian mengenai hubungan baik mereka.

Dalam masa yang sama, sekitar awal Februari lalu, Asyraff turut telah memuat naik satu gambar ketika berada di Makkah yang mana disebelahnya terdapat seorang wanita berpurdah dan dipercayai wanita itu ialah Elfira.

Ketika itu, Elfira bersama beberapa ahli keluarganyaa turut mengerjakan umrah pada masa yang sama.

Bagaimanapun, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu telah mengesahkan bahawa dia hanya berkawan sahaja bersama dengan Asyraf dan tiada hubungan yang serius terjalin antara mereka berdua.

Maka disebabkan isu itu, Sufian yang merupakan bekas tunang Elfira turut terkena tempiasnya.

Sufian bagaimanapun telah menafikan dakwaan kononnya terdapat orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan hubungan mereka.

“Saya tidak tahu menahu tentang cerita terbaharu ini. Saya tahu lelaki itu salah seorang kenalan Elfira, tetapi tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Sepanjang tempoh pertunangan tidak pernah timbul isu ini,” katanyaa dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Walaupun sudah putus tunang, itu tidak membuatkan penyanyi lagu Terasa Ada itu perlu bermusuhan dengan Elfira kerana dia tetap menganggap pelakon itu sebagai teman baiknya dan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat wanita yang pernah mendapat tempat istimewa di hatinya.

Namun, disebabkan perkara tersebut, ada juga beberapa tuduhaan yang dilemparkaan ibu Elfira iaitu Filzah Yusiff, 52, berkaitan isu tersebut.

Beberapa mulut jahat telah dikesan oleh Elfira sendiri ketika mereka sedang ‘seronok’ meninggalkan komen berbaur negatif terhadap ibu kesayangan pelakon itu.

“Saya taknak naikkan lagi isu ni, tapi sampainya hati anda cakap macam ni! Kenapa mesti nak cakap buruk pasal orang lain?

“Tak boleh ke kita ambil sesuatu perkara tu sebagai iktibar dan biarkan je. Kenapa nak hidupkan bara?

“Kali ni saya betul-betul marah! Suka-suka je nak tuduh orang yang terang-terang tak ada ruang yang menimbulkaan fitnah!” tulisnya lagi di InstaStory miliknya.

Sudah-sudah lah tu bercakap buruk tentang isu putus tunang tempoh hari. Ajal, maut. jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Kita hanya merancang dan Tuhan juga yang menentukan segala-galanya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Elfira LoyNetizenPutus TunangSufian Suhaimi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd