• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM600 Juta Untuk Perkasa Bumiputera Sabah

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan kerajaan negeri Sabah mengumumkan peruntukan sebanyak RM600 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pembangunan serta pemerkasaan Bumiputera Sabah dalam bidang keusahawanan.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata dana dan kemudahan pembiayaan itu adalah untuk memperkasakan pembangunan dan kesejahteraan Bumiputera di negeri Di Bawah Bayu ini.

“Dua dana khas itu adalah merangkumi RM500 juta untuk kemudahan pembiayaan dan jaminan kewangan kepada kontraktor Bumiputera yang terlibat dalam projek pembangunan Lebuhraya Pan Borneo, manakala dana khas sebanyak RM100 juta bagi usahawan Bumiputera memacu projek pelaburan berasaskan pertanian dan agro-pelancongan.

“Dengan kerjasama kerajaan pusat, pelbagai kementerian dan pihak swasta, pelbagai program dan inisiatif telah dan akan diperkenal untuk memperkasakan penglibatan Bumiputera terutamanya dalam sektor perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) 2018 di sini, hari ini.

Musa, yang juga pengerusi MEB Negeri, berkata pelbagai inisiatif agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan program Teraju giat dijalankan di Sabah sejak jawatankuasa itu ditubuhkan.

“Sejak 2015 sebanyak 65 syarikat Bumiputera Sabah telah menerima dana sebanyak RM169.96 juta di bawah program Dana Mudahcara yang melibatkan sebanyak 69 projek.

“Projek-projek berkenaan telah berjaya menjana nilai pelaburan swasta sebanyak RM1.25 bilion yang turut menyokong usaha merancakkan pembangunan ekonomi di Sabah,” katanya.

Musa berkata pencapaian itu merangkumi pelbagai sektor dan dijangka menjana lebih 3,000 peluang pekerjaan baharu di Sabah dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, elektrikal dan kejuruteraan serta pelancongan.

Selepas mempengerusikan mesyuarat MEB itu, Musa turut menyampaikan suntikan dana kepada 38 usahawan Bumiputera Sabah.

“Suntikan dana berbentuk geran antara RM50,000 hingga RM100,000 itu untuk tujuan memperkembang perniagaan bagi membeli peralatan mesin dan meluaskan premis perniagaan masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd