• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Insurans Penggiat Seni Akan Diperkenalkan

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Skim perlindungan insurans bagi penggiat industri hiburan akan diperkenalkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata skim yang dikemukakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru-baru ini, sedang dalam proses penelitian.

“Seniman sudah hantar kertas cadangan dan kementerian akan kaji perkara tersebut sama ada akan diberi dalam bentuk berkelompok atau pampasan (individu).

“Kita tahu penggiat seni tidak ada pekerjaan tetap dan bergantung kepada nyanyian (dan lakonan). Kita patut bantu golongan ini yang merupakan ikon masyarakat,” katanya selepas melawat penyanyi Saleem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini hari ini.

Saleem, 56, atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed yang merupakan vokalis kumpulan Iklim dibawa ke PPUKM pada Rabu lepas selepas mengalami sakit kepala kronik.

Penyanyi popular menerusi lagu Suci Dalam Debu itu baru selesai menjayakan persembahan di Sabah selama 20 hari dan mengalami simptom itu sebaik pulang ke ibu kota.

Presiden Seniman Zed Zaidi dilaporkan telah mengemukakan cadangan pewujudan skim insurans tersebut bagi memberi perlindungan berkaitan kecederaan dan kecacatan kekal kepada penggiat industri hiburan. — BERNAMA

Tags: Datuk Jailani Johari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Jadi Jaguh Tularkan Berita, Jaga Sensitiviti

15/02/2018
0

KUALA BERANG - Jangan sibuk untuk menjadi jaguh dengan cara tularkan berita di media sosial hingga lupa sensitiviti mangsa apatah...

Jangan Jadi Mangsa ‘Penyalahgunaan Maklumat’

20/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Pengguna internet perlu lebih berhati-hati semasa berkongsi maklumat peribadi di internet bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa “weaponizing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd