• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Segambut Gagal Batal Saman MCA

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng bagi membatalkan saman fitnah difailkan oleh MCA berhubung dakwaan parti itu menyalahgunakan dana awam dan kerajaan yang diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

MCA selaku plaintif memfailkan saman itu pada 17 Julai tahun lalu melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan dengan menamakan Lim sebagai defendan tunggal bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Lim dan peguam C.H.Ng bertindak bagi pihak MCA.

Guok memberitahu pemberita bahawa mahkamah menolak permohonan anak guamnya atas alasan terdapat isu-isu yang boleh dibicarakan dalam saman itu dan mahkamah menetapkan 28 Mac untuk pengurusan kes.

“Mahkamah menolak permohonan itu dengan kos RM2,000,” katanya.

MCA dalam pernyataan tuntutan mendakwa anggota parlimen DAP itu telah mengeluarkan perkataan fitnah dalam satu ucapan di lobi Parlimen pada 15 Mac 2017 yang kemudian diterbitkan dalam pelbagai media cetak dan digital.

MCA mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa MCA telah menggunakan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk SJKC dan melakukan rasuah sehingga reputasi parti itu terjejas teruk.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teladan RM100 juta, perintah injunksi supaya defendan melalui dirinya atau wakil dihalang daripada menerbitkan, mengeluarkan dan mencetak perkataan sama yang memfitnah plaintif. – BERNAMA

Tags: MCAsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd