• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KR1M 2.0 Terima Respons Positif Rakyat – Hamzah

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat memberi respons positif terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 kerana melihatnya sebagai inisiatif yang dapat membantu rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata inisiatif KR1M 2.0 juga membantu memberikan persepsi yang baik terhadap peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam membantu rakyat.

“Hari ini bila orang jumpa saya mereka memuji KR1M 2.0 sebagai inisiatif yang bijak dan saya bangga usaha ini dijalankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 KPDNKK di sini, hari ini.

KR1M 2.0, yang dilancarkan awal bulan ini, ialah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.

KR1M 2.0 memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan memberi peluang lebih ramai peniaga runcit menyertainya. Terdapat kira-kira 50 KR1M 2.0 kini beroperasi di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Hamzah berkata dengan pencapaian ekonomi negara yang sangat memberangsangkan serta pelbagai insentif disediakan kerajaan membuktikan kerajaan sedia ada mampu mengurus dan mentadbir negara dengan sangat baik.

“Justeru, segala tohmahan yang kononnya Malaysia akan bankrap adalah tidak benar sama sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: KR1M 2.0Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd