• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Adakan Simulasi PRU14 Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan raya umum ke-14 di setiap jajahan di negeri itu pada Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan Supt Markandan Subramaniam berkata simulasi akan bermula tengah malam Sabtu dan berakhir 48 jam kemudian.

Beliau berkata simulasi berkenaan akan dijalankan di pusat-pusat pengundian dan penjumlahan undi terpilih melibatkan senario seperti bantahan terhadap keputusan undian, rusuhan sehinggalah pelaksanaan perintah berkurung jika keadaan memaksa polis untuk bertindak sedemikian.

“Kita juga akan menggunakan semua anggota keselamatan seperti Light Strike Force (LSF), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan aset-asetnya serta penggunaan ‘thunder flash’ dan bom asap dalam simulasi berkenaan.

“Justeru, kita meminta orang ramai untuk tidak berasa takut dengan kehadiran ramai anggota polis di sesuatu kawasan dalam tempoh tersebut,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata simulasi berkenaan merupakan kali keempat dilakukan sejak tahun lepas bagi memastikan pegawai dan anggota polis yang bertugas sentiasa bersiap siaga selain meningkatkan kecekapan mereka jika terbabit dalam insiden-insiden sedemikian.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PRU14 yang turut dibuka sepanjang tempoh simulasi tersebut di talian 09-7455728 jika mempunyai sebarang pertanyaan. – BERNAMA

Tags: polisPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd