• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raptai Penuh Istiadat Pembukaan Parlimen Jumaat

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raptai penuh Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13 akan diadakan Jumaat ini.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah berkata persidangan itu akan bermula pada Isnin depan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan pada hari pertama persidangan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Rosmee berkata Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April bermula dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja selama dua minggu, sebelum menteri-menteri menjawab perbahasan tersebut pada minggu ketiga.

“Perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain akan diadakan pada minggu keempat dan kelima,” katanya.

Rosmee berkata notis pemberitahuan berhubung persidangan tersebut yang merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 diadakan, telah dikeluarkan pada 19 Januari lepas.

Persidangan Dewan Rakyat juga akan turut menyaksikan sesi khas yang akan menjadi tumpuan iaitu Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri selama 30 minit setiap Selasa dan Khamis, manakala ucapan berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 Baharu adalah pada setiap hari, bermula 2.30 petang di Kamar Khas Parlimen Malaysia. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: ParlimenRaptai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd